Assalamualaikum warga KampungFm. Terlebih dahulu saya ingin memberi ucapan Tahniah kepada pihak pengurusan kerana tidak henti-henti menyediakan pertandingan yang sedikit sebanyak membina komuniti KampungFm dan Tahniah juga saya ucapkan kepada semua pemenang-pemenang. Sekian lama saya menyepi tetapi hari ini saya kembali untuk menganjurkan satu lagi pertandingan. Diharapkan dengan pertandingan ini, forum KampungFm akan lebih 'berseri' dan semakin maju!
CONTEST - SOALAN BERKAITAN KAMPUNGFM
Pertandingan yang sangat mudah! Anda hanya perlu menjawab 5 soalan berkaitan KampungFm yang telah disediakan di bawah :
1 - Mengapakah anda memilih untuk ber-chatting di KampungFm?
2 - Mengapakah anda memilih untuk mendengar radio KampungFm?
3 - Apakah yang boleh dilakukan untuk menaik taraf KampungFm?
4 - Apakah jenis bantuan yang pernah anda lakukan terhadap komuniti KampungFm?
5 - Mengapakah anda merasakan diri anda layak untuk memenangi pertandingan ini?
Semua Guest, Member, Moderator atau Owner boleh menyertai pertandingan ini. Kepada peserta yang ingin menyertai, anda hanya perlu balas topik dengan mengemukakan jawapan bagi soalan-soalan di atas.
FORMAT JAWAPAN
Peserta DIWAJIBKAN mengikuti format jawapan yang disediakan di bawah bagi memudahkan kerja-kerja menilai jawapan anda.
- Code: Select all
1 - Mengapakah anda memilih untuk ber-chatting di KampungFm?
- jawapan anda di sini
2 - Mengapakah anda memilih untuk mendengar radio KampungFm?
- jawapan anda di sini
3 - Apakah yang boleh dilakukan untuk menaik taraf KampungFm?
- jawapan anda di sini
4 - Apakah jenis bantuan yang pernah anda lakukan terhadap komuniti KampungFm?
- jawapan anda di sini
5 - Mengapakah anda merasakan diri anda layak untuk memenangi pertandingan ini?
- jawapan anda di sini
TEMPOH PERTANDINGAN
30 JUN 2011 - 22 OGOS 2011
Penyertaan mestilah sampai selewat-lewatnya pada 22 Ogos 2011 seperti yang dinyatakan di atas.
HANYA DUA(2) PEMENANG AKAN DIPILIH! HADIAH YANG LUMAYAN MENANTI ANDA!
TEMPAT PERTAMA
RM30 + 1200 xats + 60 days +
EXTRA Permanent Moderator
- EXTRA hanya disediakan untuk Member atau peserta yang bukan Moderator atau Moderator Tempo.
- EXTRA hanya untuk Member chatter yang mempunyai id chat berdaftar (registered)
- sekiranya peserta yang menang merupakan sedia ada Moderator, tiada EXTRA diberikan
TEMPAT KEDUA
RM15 + 600 xats + 30 days
TEMPAT KETIGA : TPUP RM15 , 600XAT + SUB 30ARI
Nota Kaki :
- untuk pemenang Tempat Pertama, pangkat moderator akan berada di bawah pimpinan OASIS.
- pangkat moderator (untuk Tempat Pertama) boleh ditarik bila-bila masa sekiranya anda gagal mengikuti undang-undang perlaksanaan chatbox KampungFm.
- hadiah 100% disumbangkan oleh Asy
TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
- terbuka kepada semua warga komuniti KampungFm. Juri tidak dibenarkan mengambil bahagian.
- diwajibkan untuk menjawab mengikut format jawapan yang telah disediakan.
- soalan 1 dan soalan 2 hendaklah dijawab minima (tidak kurang dari) 100 patah perkataan dan tidak melebihi 300 perkataan.
- soalan 3, soalan 4 dan soalan 5 hendaklah dijawab minima (tidak kurang dari) 150 patah perkataan.
- untuk soalan 3, soalan 4 dan soalan 5,tiada had maksimum kepada jumlah patah perkataan dalam jawapan anda.
- tiada unsur-unsur negatif dan isu membangkitkan perkauman di dalam konteks jawapan anda.
- jawapan hendaklah dikemukakan dalam Bahasa Melayu SAHAJA.
- menggunakan pengunaan Bahasa Melayu yang mudah dibaca, mudah difahami, kemas dan teratur.
- tidak digalakkan untuk menggunakan terlalu banyak ringkasan perkataan (Short Form)
- meniru idea peserta lain tidak digalakkan.
- dilarang sama sekali untuk Copy And Paste jawapan dari peserta lain.
- hanya satu penyertaan sahaja dibenarkan untuk satu peserta.
- tempoh pertandingan boleh diubah pada bila-bila masa mengikut kemahuan pihak penganjur.
- hadiah pertandingan boleh diubah pada bila-bila masa mengikut kemahuan pihak penganjur.
Gagal memenuhi TERMA DAN SYARAT pertandingan, penyertaan anda tidak akan dikira.
PIHAK JURI
- Pihak juri terdiri daripada saya sendiri sbg penganjur (OASIS), penyumbang hadiah kepada pemenang (ASY) dan juga pemilik KampungFm (SEED).
- Pemenang akan dipilih berdasarkan kepada kriteria penulisan jawapan yang ringkas dan padat, kreatif, membina, merangsang minda, memberi impak dan meyakinkan.
- KEPUTUSAN akan diumumkan satu minggu selepas tarikh tutup pertandingan.
P/S :
Minta maaf daripada saya terlebih dahulu sekiranya pertandingan ini agak sukar untuk difahami atau diikuti. Saya hanya menyediakan pertandingan yang bermutu dan berkualiti, dan ini bererti bukan sebarang orang boleh menyertainya. Hanya untuk golongan dewasa dan golongan yang mampu berfikir sahaja. Anda tidak mampu menaip dengan banyak? Anda tidak mampu berfikir secara kritis dan kreatif? Maaf. Anda bukan pemenang yang saya cari !
Sekian.













