Salam
Ini adalah satu topik yang lucu dan serius. Kalau berkenalan semuanya berbunga, kalau berkawan semuanya indah belaka, dan kalau bercinta pulak bukan main lagi sampai hidu kentut pun wangi. Tapi malangnya bila bergaduh perkataan maki hamun semua keluar, bila putus "kau lah perempuan paling malang aku jumpa" atau "kau lah lelaki yang paling xberguna aku kenal", dan bertambah malang lagi bila cinta itu ditolak, si dia akan menabur fitnah, si dia juga akan memburuk-burukan selain menghasut atau mengaburi mata masyarakat lain sehingga padangan serong, jijik dan benci timbul. Inilah hakikat sesetengah percintaan yang berlaku. Sesungguhnya inilah cinta yang manusia cipta. Sayangnya Tuhan meminjamkan atau menganugerahkan kita satu nikmat yang suci iaitu cinta atau kasih sayang yang paling indah yang tidak mampu manusia menepisnya. Jangan pernah lagi mengkhianati...cintaa.













