Register Atau Setiap Pendaftaran Hanya 10Sen Je Melalui SMS (Sekali je sposen)
Cara Main Mudah Je :
1) Setiap Hari Ada Bonus Ikut Negara Dalam Permainan
2) Anda Boleh Menyerang Pemain Lain Dan Akan Mendapat Pendapatan daripada mereka
setelah mereka menjadi tawanan anda
3) Setiap Hari Lepas Anda Dah Malas Sangat Nak Serang Orang Anda Boleh Bekerja 8 jam
Dan Mendapat Pendapatan.
Register disini : http://0a1af24d.yyv.co


Download totorial disini http://www.mediafire.com/?i0lopaf1ekj4uf8
Tips: Untuk Memudahkan Pertukaran Gold Dengan Cepat Anda Harus Tukar atau klik pada (Change Region)
Cari negara bernama Sao tome and principe pilih George town dan klik become citizen pada negara tersebut
ini kerana Disana Proses untuk menukar ke gold dan dari gold ke Euro adalah lebih cepat
Juga Pendapatan untuk bekerjanya juga lebih banyak dari malaysia
Selamat Mencuba Kepada Anda Semua.
ni adalah deskripsi pendek kepada player2 Malaysia yang baharu sahaja mendaftar ke dalam Private Island Territories Sao Tome And Principe, sila dapatkan kefahaman, selamat maju jaya, sekian terima kasih
UPLOAD GAMBAR
Anda dikehendaki mengupload 10 gambar yang akan digunakan sebagai display picture dalam permainan ini. Caranya adalah pergi ke Profile & Inventories - Picture
LENGKAPKAN MAKLUMAT PROFILE
selepas upload 10 gambar tersebut anda dikehendaki melengkapkan profile caranya adalah pergi ke Profile & Inventories - profile
Nota:Selepas diapprove oleh admin 10 gambar tersebut serta kesemua profile,anda boleh claim bonus caranya adalah dengan klik pada link Bonus di tab sebelah kiri.
DECLARE CITIZENSHIP
Citizenship anno ditentukan oleh IP address semasa kita register game ni, contoh kalau register kat malaysia akan jadi warganegara malaysia,kalau kat indonesia akan jadi warganegara indonesia dan lain-lain negara. Anda dikehendaki menyertai Private Island [Sao Tome And Principe] caranya adalah Private Island - cari nama sao tome then klik - become a citizen. Selepas saja diapprove oleh owner Private Island [wanatis] anda dikehendaki mengisi borang ini [http://www.facebook.com/groups/179048122189908/doc/213925292035524/] di facebook kemudian barulah jabatan pendaftaran negara sao tome mengiktiraf kerakyatan anda sepenuhnya.
JOB
Anda dikehendaki bekerja untuk menambahkan pendapatan,bekerja adalah selama 8 jam. Sewaktu bekerja anda tidak boleh melakukan perkara lain seperti fight dan travel. Selepas 5 hari berturut-turut bekerja anda akan diberi bonus super worker pada hari ke-6 bekerja dimana bonus itu adalah lebih lumayan dari gaji yang anda dapat dari bekerja hari-hari.
[ULANGI LANGKAH INI SETIAP HARI!! KECUALI PART APPLY CITIZENSHIP TU ABAIKAN]
CARA MENINGKATKAN WELLNESS
FOOD
Peningkatan wellness dalam pengambilan makanan. Makanan mempunyai 5 darjah kualiti dan cara terpantas untuk meningkatkan wellness anda. Bergantung kepada kualiti, kekuatan anda akan meningkat dengan nilai tertentu bila mengambil foods contohnya [Q1/1bintang = +1% wellness,Q2/2 bintang = +2% wellness, dan seterusnya]. Anda boleh makan sekali pada setiap 6 jam. Untuk beli makanan pergi ke Goods - Food.
WINE
Minum arak. Wain tidak mempunyai kualiti tertentu tetapi apabila masa berlalu, secara automatik akan meningkatkan nilainya dan penambahan wellness. Satu botol wain yang baru menawarkan +1% wellness. Jika wain tidak dijual,wellness yang ada bertambah 0.4% setiap hari. Selepas 150 hari, botol wain matang dan tidak lagi meningkat nilainya iaitu maksimum +25%. Anda boleh minum maksimum satu botol setiap 24 jam. Wine adalah satu cara untuk menaikkan wellness secara pantas dimana selepas sahaja anda minum wine,wellness akan terus bertambah mengikut tahap peratusan. Untuk minum arak, pergi ke Goods - Foods - Wine
CLOTHES
Setiap pakaian menawarkan tahap kekuatan setiap hari. Terdapat 10 jenis pakaian [seluar, stokin, sarung tangan, topi, baju, but, seluar, jaket, kot dan cape]. Pakaian masing-masing mempunyai lima darjah kualiti [Q1 - Q5]. Bergantung kepada tahap kualiti,bahawa pakaian tertentu tahan lebih lama. Contohnya pakaian Q5 bertahan selama 30 hari. Ingatlah bahawa pakaian boleh musnah, yang bermaksud bahawa selepas itu ianya secara automatik akan hilang dari inventori [selepas hari ke-30]. Anda boleh memiliki pakaian tunggal setiap jenis, pada masa tertentu maksud dia satu jenis boleh beli satu je dalam satu masa,kena tunggu musnah baru boleh beli baru. Untuk membeli pakaian, pergi ke Goods - Clothes
HOUSE
Apabila anda tinggal di sebuah rumah, setiap hari, wellness anda akan meningkat kepada peatusan tertentu dimana penambahan peratusan wellness dipengaruhi oleh kualiti rumah. Rumah mempunyai 5 darjah kualiti. ia adalah produk yang mempunyai tempoh hayat yang tidak terhad [tiada limit,boleh guna sampai bila-bila]. Rumah Satu-bintang menawarkan +5% wellness setiap hari, rumah dua bintang menawarkan +10% wellness, rumah tiga bintang +15% wellness, yang empat bintang, +20% wellness dan sebuah vila lima bintang membawa peningkatan +25% wellness setiap hari. Jika anda tidak mampu untuk membeli rumah, anda boleh menyewa.wellness akan naik secara perlahan-lahan. Ingatlah bahawa jika anda bergerak ke region lain, tiada apa2 kesan wellness akan tetap bertambah seperti biasa. Untuk membeli atau menyewa rumah, pergi ke Home - Buy/Rent. [nota: bila dah beli atau sewa rumah anda dikehendaki pergi ke profile & inventories - transport klik MOVE IN,kemudian baru wellness anda akan bertambah]
ARTICLE
Membaca artikel. Setiap kali selepas anda membaca satu artikel untuk kali pertama, anda menerima penambahan wellness bergantung kepada kualiti barangan tertentu. Artikel mempunyai lima darjah kualiti dan tidak seperti produk-produk lain,ianya mempunyai tahap dimana mereka bergantung kepada undi pembaca. Anda boleh membaca artikel sebanyak mana anda mahu dalam satu hari tetapi penambahan wellness hanya berlaku pada 6 artikel terdahulu yang anda beli untuk hari itu. [Tetapi bagi kerajaan Sao Tome artikel ini 100% dikuasai oleh kerajaan dimana owner island sahaja boleh mengeluarkan artikel,tidak tahu mengapa puncanya,mungkin kerana owner tidak mahu tersebarnya bahan-bahan lucah atau fahaman-fahaman politik yang menentang dasar kerajaan seperti yang berlaku di malaysia sebelum ini barangkali]
WELLNESS MENURUN
Secara automatik setiap jam, dengan peratusan yang sama 0.05%. Walaupun jika anda tidak terlibat dalam apa-apa aktiviti, wellness anda berkurangan setiap jam dengan peratusan ini.
Apabila bekerja .. Untuk setiap jam kerja, wellness dikurangkan sebanyak 1%. Ini bermakna bahawa selepas sehari bekerja anda secara automatik kehilangan wellness sebanyak 8% [8 jam berkerja]
Apabila berjuang Sama ada anda menyerang atau diserang, selepas setiap perjuangan wellness anda berkurangan sebanyak 1%.
Apabila membuat perjalanan dengan berjalan kaki Jika anda memilih untuk membuat perjalanan dari satu rantau yang lain dengan berjalan kaki, anda akan kehilanganwellness 1% bagi setiap 10 kilometer. Perjalanan dengan pengangkutan atau BELON tidak menyebabkan kehilangan kekuatan,malahan boleh sampai ke destinasi dengan lebih pantas berbanding berjalan kaki
PERTUKARAN CURRENCY
Bagi player-player baru pertukaran currency adalah penting untuk berurusniaga. Disini akan diajar bagaimana untuk menukar currency. Caranya adalah pergi ke tab financial market kat belah kiri tu kemudian disitu ada 2 tab lagi dimana [Euro/Gold] dan [Gold/STD]. Contoh rate bagi tukarang matawang STD ke gold adalah 31.1154 [semasa guide ini ditulis] boleh lihat pada amaun yang besar pada graph. Makna dia di sini anda memerlukan sebanyak 31.1154 STD untuk ditukarkan kepada 1 gold. untuk menukar sila tekan Buy Gold secara automatik 31.1154 STD akan ditolak pada akaun anda dan 1 gold akan ditambah pada akaun anda. Sebaliknya kalau hendak mencairkan gold kepada matawang STD anda hendaklah menekan Sell Gold dengan ini akaun anda akan ditolak 1 gold dan akan bertambah sebanya 31.1154 STD. Begitu juga untuk tukaran Gold ke EURO [Euro/Gold] , klik Buy Euro dan gold anda akan terjual manakala Euro anda pula akan bertambah seperti rate yang ada pada graf iaitu 5.2015 [semasa guide ini ditulis] . sebaliknya jika anda klik Sell Euro,Euro anda akan berkurang dan anda akan menerima 5.2015 gold bagi 1 Euro yang ditolak. Perkara ini boleh diaplikasikan ke negara - negara lain dimana untuk memperolehi matawang negara lain anda perlu ke negara tersebut dahulu dan lakukan perkara sama seperti yang diterangkan diatas iaitu mencairkan gold ke currency matawang terbabit,contohnya di malaysia akan ada tab [Gold/MYR] di indonesia akan ada tab [Gold/IDR] dan begitu juga di negara- negara lain. Naik turun rate pada graf ditentukan oleh jual beli gold dimana apabila seseorang itu menjual gold graf akan menurun makala apabila gold dibeli graf akan meningkat,kaedah ini lebih kurang sama dengan kaedah Forex yang ada di real world











