Hutan Simpan Belum ini terletak di Gerik kawasan Hulu Perak. Keluasan bagi hutan simpan taman negeri ini adalah 290,000 hektar dan seluas 146,000 hektar adalah hutan dara yang masih dijaga rapi agar tidak dicerobohi.
Apabila akhbar The Star melaporkan tentang berlakunya pencerobohan keatas hutan simpan tersebut untuk projek pertanian kelapa sawit, Datuk Seri Zambry Abd Kadir pura-pura terkejut mengatakan beliau tidak tahu menahu tentangnya dan keluarkan arahan supaya hal tersebut disiasat rapi .Begitu juga Jabatan Pertanian Negeri Perak - juga turut terkejut berok macam Zambry!
Amat mustahil Zambry tidak mengetahuinya kerana menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Perak Datuk Nik Mohd Shah Nik Mustafa , kerajaan negeri Perak telah meluluskan aktiviti pembalakan di hutan seluas 74 hektar itu sejak Umno/BN merampas kuasa dari Pakatan.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat tentang skandal hutan seluas 74 hektar di Belum-Temenggor Forest Complex (BTFC) dan meluluskan 68.503 ekar tanah sejak merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat pada Februari 2009.
Kroni-kroni yang menerima tanah itu dijangka meraih keuntungan sekurang-kurangnya 40 kali premium yang dibayar. Kroni akan mendapat keuntungan yang mengejutkan RM900, 000,000 yang lebih besar dari bajet tahunan Kerajaan Negeri Perak iaitu kira-kira RM800 juta!
Walaupun permintaan yang berulang-ulang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Zambry enggan mendedahkan penerima tanah-tanah tersebut.
Menurut Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Perak dan Ahli Parlimen Beruas, Zambry sentiasa mengelak dari menjawab berhubung isu Hutan Belum ketika dalam sesi Dewan Rakyat.
Di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat, hanya mereka yang tidak bertanah dan miskin diberikan tanah dengan di premium nominal RM1, 000 per ha. Semua tanah-tanah yang diluluskan untuk pertanian komersial akan melalui tender terbuka yang akan meraih premium yang lebih tinggi untuk rakyat.













