KAMPUNG AMAZING RACE! 
Start your engine, and set, go!

Start your engine, and set, go!

Selamat datang ke pertandingan terbaru komuniti kampungFM. Pertandingan kali ini adalah cetusan idea daripada Mr Admin sendiri dan hadiah pula ditaja oleh Asy. Pertandingan kali adalah sangat mudah di mana para peserta hanya perlu MEMPROMOSIKAN LAMAN SEMBANG KAMPUNG (chatbox kampung) kepada rakan-rakan anda yang lain yang belum pernah menyertai laman sembang kampung tersebut.
Setiap para peserta akan diberi link promosi yang berbeza untuk membolehkan anda mempromosikan laman sembang kampung tersebut. Pemenang akan diambil kira berdasarkan bilangan user teramai yang berjaya dipromosikan oleh para peserta pada tarikh akhir pertandingan ini nanti. Contohnya:
Pada tarikh akhir pertandingan ini, Mr Admin berjaya menarik 1000 orang baru ke laman sembang kampung, Asy berjaya menarik 500 orang baru ke laman sembang kampung, dan zis berjaya menarik 200 orang baru ke laman sembang kampung ini. Ini bermakna, Mr Admin akan menjuarai tempat pertama, Asy di tempat kedua, dan zis di tempat ketiga.
Anda semua faham? Jadi, mari kita lihat informasi-informasi terperinci berkenaan dengan pertandingan kali ini.
CARA PENYERTAAN:
1) Daftar ID anda di forum kampungFM. Hanya user berdaftar sahaja yang dibenarkan untuk menyertai.
2) Balas di topik ini bahawa anda ingin menyertai pertandingan ini. Contoh: "Saya ingin menyertai pertandingan ini."
3) Sila periksa Private Message (PM) anda di forum ini. Ini kerana Mr Admin akan menghantar link promosi kepada anda melalui PM di forum. (setiap peserta akan mendapat link yang berbeza)
4) Setelah mendapat link tersebut, anda sudah boleh merempit
HADIAH-HADIAH PERTANDINGAN:
TEMPAT PERTAMA: RM50 + 1200xats + 60days
TEMPAT KEDUA: RM30 + 600xats + 30days
TEMPAT KETIGA: RM15 + 300xats + 15days
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:
1) Terbuka kepada semua moderator dan chatters di xat.com
2) Semua owner kampung tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
3) Hanya user daripada Malaysia sahaja yang akan dikira. Maksudnya, jika anda menjemput rakan anda daripada luar negara untuk menyertai laman sembang kampung ini, itu tidak akan diambil kira.
4) Anda bebas menggunakan segala media yang ada mengikut kreativiti masing-masing. Contohnya: facebook, twitter, forum, youtube, gambar, email, blogspot, shoutmix, radio, dan sebagainya.
5) Dilarang sama sekali membeli trafik atau bot.
6) Dilarang sama sekali mempromosikan link tersebut di laman sembang kampung dan mamak.
7) Seorang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
8) Penyertaan anda akan dikira bermula pada 10hb Oktober 2011 sehingga 11hb November 2011.
9) Tempoh pertandingan boleh diubah pada bila-bila masa mengikut kemahuan pihak penganjur.
10) Hadiah pertandingan boleh diubah pada bila-bila masa mengikut kemahuan pihak penganjur.
Gagal memenuhi SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN, penyertaan anda tidak akan dikira.
PIHAK JURI:
- Pihak juri terdiri daripada Mr Admin sendiri.
- Pemenang akan dipilih berdasarkan kepada jumlah user Malaysia teramai yang berjaya dibawa ke cb kampung oleh para peserta.
- Keputusan akan dinilai dengan menggunakan teknik rahsia di mana hanya Mr Admin seorang yg tahu.
- KEPUTUSAN akan diumumkan pada bila-bila masa selepas tarikh tutup pertandingan dan keputusan tersebut adalah MUKTAMAD!
TEMPOH PERTANDINGAN:
10hb OKTOBER 2011 - 11hb NOVEMBER 2011
Jadi, apa yang anda tunggu lagi?
Mulakan perlumbaan anda sekarang! 
Mulakan perlumbaan anda sekarang! 












