Seperti tajuk thread ni, Kami memerlukan Sponsor atau
Donator untuk membantu menjayakan lagi Forum ini.
Berikutan dari penambahan bilangan forumer dari
sehari ke sehari, dan juga thread dan topik yang
semakin bertambah, kami memerlukan sedikit bantuan
untuk menaiktaraf Forum KampungFM menjadi lebih
baik. Seperti yang sedia maklum, pengguna forum
KampungFM dapat menikmati servis yang pantas untuk
berforum. Walaubagaimanapun, kami tidak boleh
memberi jaminan kepantasan forum akan berterusan
seperti ini. Jadi dengan adanya Sponsor dan Donator
ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang
ditanggung pihak admin untuk memberikan keselesaan
dan kepuasan kepada pengguna KampungFM.
Untuk Sponsor KampungFM,
- Sekiranya anda merupakan WebHosting Admin, anda
bolehlah sponsor hosting untuk KampungFM
- Sekiranya anda merupakan peniaga, mempunyai
produk tersendiri yang ingin dipromosikan, anda
juga boleh sponsor produk tersebut dan
memperkenalkan kepada KampungFM forumer. Menjadikan
produk anda sebagai hadiah kepada sesuatu
pertandingan [ contohnya ]
Untuk Donator KampungFM,
- Sekiranya anda mampu untuk menghulurkan bantuan
kepada KampungFM, kami amatlah menghargainya.
Walaupun seminimum RM1 sahaja, anda sebenarnya
sudah meringankan beban pihak kami di sini.
- Sekiranya anda merupakan webhosting admin atau
peniaga, anda boleh memberikan sumbangan dengan
mendapat kelebihan yang akan diberikan di KampungFM
kelak.
Kelebihan menjadi Sponsor/Donator KampungFM forum.
Kami akan membuat satu ruang khas untuk sponsor dan
donator mengiklankan produk/website masing2 dengan
percuma. Ya, PERCUMA untuk tempoh masa yang
ditetapkan. KampungFM mempunyai purata 10,000 orang
pelawat ke website ini dalam sebulan dan semakin
bertambah dari hari ke hari dengan pelbagai kata
kunci. Ini boleh meningkatkan hasil jualan / trafik
ke website anda.
Untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut untuk
Sponsor/Donator KampungFM, anda boleh membalas
thread ini.
Kepada yang mahu jadi Donator,
Anda boleh membuat bayaran menggunakan list bank /
akaun di bawah:
ACCOUNT HOLDER: MOHD FUAD BIN MOHAMED YUSOFF
ACCOUNT NUMBER: 08130066533527 (CIMB)
ACCOUNT NUMBER: 154110065214 (M2U)
AccounT ID : far3dz[at]gmail.com [ Paypal ]
No.TEL : 0136248066 [ sms sahaja ]
Setelah pembayaran dilakukan, anda bolehlah
menghubungi kami melalui email atau sms ke maklumat yg diberikan di atas.
Terima Kasih.
Yang Benar,
a3d
Admin KampungFM.Com












