
Kereta terbang yang heboh akhir tahun lalu, akhirnya mendapat kebenaran terbang dari Federal Aviation Administration (FAA) AS. Dengan ini, kereta bernama Terrafugia Transition itu sudah dapat memulakan operasi pengeluaran model secara komersial.

Tapi sebelum dijual pada orang ramai, FAA meletakkan syarat untuk membuat beberapa perubahan pada kokpit Terrafugia demi keselamatan pemandu dan juga penumpang. Selain itu, pemandu kereta ini mestilah memiliki lesen juruterbang
bukan lesen terbang ye. Pemandu akan dapat lesen ini setelah menjalani 20 jam latihan terbang.
CEO Terrafugia, Carl Dietrich, mengatakan bahawa ini adalah terobosan dalam dunia mobilitas pribadi. "Perjalanan sekarang menjadi terintegrasi, mulai dari tanah langsung mengudara. Itulah yang diimpikan peneliti penerbangan sejak tahun 1918". ujarnya.. bahasa indonesia, mana aku nak faham.. faham2 je la

Kereta terbang yang akan dilancarkan ke pasaran pada 2011 ini akan dijual sekitar USD 194,000 atau RM 608,000 . (aku agak2 je tu)..Terrafugia boleh terbang hingga 115 mph atau sekitar 450 km/jam. Sayap pada kereta terbang ini dapat dilipat sehingga dapat disimpan di dalam garaj.

Transformasi dari pesawat menjadi kereta mengambil masa kurang dari 30 saat. ala-ala transformer la.. nanti bila dah jual diorang letak la ciri-ciri keselamatan tu macam air bag, pelindung kokpit dan penyerap tenaga dan semua2 la. spoiler yang duk ada kat kereta2 sekarang ni besar gedabak pun bukan boleh terbang pun. yang ni baru betul.. setakat ni boleh duduk 2 orang je.. ok la tu.
nanti senang la ko nak lari dari polis, nak pergi haji pun senang, apa lagi tempah la wei
sumber












