Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter...
Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter: Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas.
Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas aja.
Lawak 2 :MR. BROWN
Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.
Penelefon : Hello, boleh saya bercakap dengan Mr. Brown?
Penerima : Oh, ini Mr. Black.
Penelefon : Oops Sorry, wrong color!
Lawak 3:SAH!! TAK PERNAH NAIK KAPAL TERBANG
Dua pemuda berbual diterminal lapangan terbang...
A: Eh, kau perasan tak kapalterbang tak boleh mengundur.
B: Ha ah laaa..... Tengok tu, kena ade kereta tolak.
A: Kau tau ape sebabnya?
B: Sebab tak de gear undur kot....!!
A: Tak lah..... pasal kapalterbang tak ada side mirror. Cuba kau perati.
B: ? Ha ah laaa ........!!!
Lawak 3:MURID LURUS BENDUL
Dalam sebuah kelas darjah satu,seorang ustaz bertanya kepada pelajarnya..
"kamu hendak ke mana?...syurga atau neraka?..siapa yang hendak ke syurga..angkat tangan...!!"
maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid.
Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi, siapa hendak ke neraka?".....
Semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi... dengan kehairanan ustaz itu bertanya..bila saya tanya nak masuk syurga.. awak tak angkat tangan… bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat tangan.... habis awak nak ke mana??".
Jawab murid itu.."saya tidak mahu pergi ke mana ustaz..bapa saya suruh saya datang sini belajar, dia pesan.. jangan pergi kemana-mana,tunggu sampai dia jemput .....”
Lawak 4:Pak Pandir Dan Polis
Pak Pandir: Selamat pagi tuan.
Polis: Selamat pagi.
Polis: Apa hal.
Pak Pandir: Saya nak buat repot tuan.
Polis: Fasal apa tu.
Pak Pandir: Kawan saya di baham harimau.
Polis: Pukul berapa.
Pak Pandir: Dia tak pukul, dia terkam.
Polis: Habis?
Pak Pandir: Tak habis, tinggal kepala.













