Datuk Seri Najib Tun Razak berkata terdapat keperluan untuk menghindari sistem kuota kepada Bumiputera tetapi mereka perlu terus dibantu bagi berkembang.
“Kamu perlu meninggalkan kuota. Tetapi kamu mesti menyokong mereka (Bumiputera) dalam cara yang akan membolehkan mereka berkembang dari usahawan kecil dan sederhana untuk menjadi lebih besar dan menjadi jaguh serantau,” kata Perdana Menteri dalam sesi soal-jawab pada Forum Mega Trend Khazanah 2011 di sini.
Beliau berkata kuota menghindari keupayaan usahawan Bumiputera dari membangunkan kebolehan mereka.
Najib khuatir “sekiranya kamu memberi mereka kuota, mereka akan bersenang-lenang dan akhirnya tidak memperolehi kepakaran untuk mengurus perniagaan.”
Beliau berkata satu kritikan masa lalu yang beliau hadapi mengenai sistem kuota ialah orang yang patut tidak dipromosi. Tindakan afirmatif kini perlu berfasarkan meritokrasi. – BERNAMA
Bloggerrakyat: Mana pejuang Melayu dan bumiputera? Mana dia PERKASA? Kalaulah pemansuhan kuota bumiputera muncul dari mulut orang Cina atau India, sudah tentu Malaysia akan huru-hara. Sekarang, Najib sendiri yang ingin menghapuskan kouta yang selama ini diperjuangkan oleh “pejuang” Melayu dan bumiputera.
Bukankah kuota bumiputera merupakan salah satu daripada elemen Ketuanan Melayu? Ketuanan Melayu sedang dicabul. Kenapa tiada pihak yang bertindak?
Sistem baru yang akan diperkenalkan bukan digunakan untuk meyokong bumiputera, tetapi untuk menyokong kroni dan anak bini. Kalau tak, kenapa bumiputera yang telah diberi peluang selama berpuluh-puluh tahun melalui sistem kuota, masih lagi tak maju-maju. Syarikat kroni dengan modal RM2 serta baru sebulan dua beroperasi dah dapat kontrak berjuta-juta. Inilah dasar ekonomi yang diterajui oleh UMNO-BN dahulu, kini dan selamanya.
abe nije kata..hari tu buat post kuota perumahan di selangor bakal di mansuhkan..smpi skang takdak..so skang..bro..lu jawab pasal kuota ini plak..













