
sekadar hiasan..
masalah enjin jadi berat ada bermacam punca.
mungkin sbb minyak enjin kurang sesuai atau tempoh masa tukar dah tiba tapi ada beberapa sebab lain yang perlu diambil kira seperti
1. spark plug - jika sudah lama apinya kurang dan boleh menyebabkan pembakaran kurang efisyien. power enjin kurang
2. plug cable - juga boleh jadi punca bekalan spark kurang
3. air filter - air filter yang kotor boleh menyebabkan bekalan udara pada enjin tidak banyak. sama juga macam hidung kita yang tersumbat
punca2 lain ialah
4. minyak gear auto yang perlu ditukar - minyak kotor dengan kelikatan yang tidak betul menambah beban pada enjin
5. tekanan udara tayar yang rendah - juga penyebab beban berlebihan
6. saiz roda terlalu besar. jika terlalu besar ia akan jadi terlalu berat dan akan memberi kesan apabila ketara apabila faktor lain diambil kira.
7. sensor EFI yang kotor - selalunya boleh diservis saja. sensor yang kotor boleh menyebabkan fungsi EFI kurang cekap.
8. ekzos tersumbat atau bocor - seluruh sistem perlu diperiksa./fibre terbakar.
9. penggunaan petrol yang tidak bersesuaian - jika pengeluar mengesyorkan kereta anda menguna petrol RON 97 ke atas, maka sila patuhi. jika menggunakan yang tidak bersesuaian seperti 95 sbg cth, ia menyebabkan berlaku penmbakaran tidak sempurna dan menjejaskan prestasi enjin.
10. injektor tersumbat - juga mengurangkan kecekapan enjin. boleh diservis oleh mekanik mahir.
punca lain yang jarang diambil kira ialah jenis enjin itu sendiri.
ada sesetengah kereta import yang tidak sesuai menggunakan bahanapi di negara kita kerana grednya rendah.
motorkar seperti Mercedez benz E270CDI ialah enjin diesel berteknologi tinggi dan mampu berfungsi tanpa penghasilan asap hitam tetapi di malaysia sebaliknya. model ini hanya diimpot dari luar negara. cth lain ialah model toyota yang mengunakan sistem D4 (atau direct injection) yang mana kesesuaian petrol di malaysia tidak tepat. jika prestasi enjin berkurang, cuba buka injektor dan boleh dilihat ianya berkarbon dan berjelaga. cth yg ada ialah Toyota Nadia, Camry (dari Jepun) mahupun sesetangah model Wish yang diimport secara tidak rasmi. di pintu hadapan enjin akan ditampal D4, menandakan kereta ini menggunakan sistem direct injection.
ini tidak boleh dibaiki.tanpa kemahiran yang cukup kerana keseluruhan system menggunakan electronic system atau special tool.











