Assalammualaikum wbt..
Di sini zis ingin membuat beberapa garis panduan kepada forumers yg ingin memperkenalkan diri di ruangan ini. Garis panduan tersebut cukup mudah difahami dan cukup mesra untuk diikut. Berikut adalah garis-garis panduan tersebut:
TOPIK
-Topik atau tajuk untuk "rumah" anda adalah bebas asalkan tidak melanggar peraturan no. 2 seperti yang telah ditetapkan. Peraturan tersebut anda boleh baca di board Berita & Pengumuman, topik "Peraturan Forum KampungFM.com" atau klik di sini http://www.kampungfm.com/viewtopic.php?f=6&t=140
Isi Kandungan
-Isi kandungan bagi "rumah" anda haruslah memiliki beberapa maklumat tentang diri anda. Contohnya adalah seperti NAMA, NICKNAME, STATUS, PEKERJAAN, atau apa-apa sahaja yang anda ingin kongsikan bersama. Tiada paksaan dalam perkongsian maklumat peribadi anda. Tetapi sekurang-kurangnya hendaklah mengandungi beberapa maklumat anda (tidak kira sebanyak mana pun). Janganlah hanya mengucapkan "hai, saya orang baru" atau pun sekadar "salam perkenalan daripada saya". Lebih baik tiada daripada ada kerana setakat ini masih belum ada peraturan yang MEWAJIBKAN semua forumers untuk memperkenalkan diri. Jadi, tiada salahnya jika anda terus berdiam (buat masa ini).
Di sini zis ingin sertakan contoh cara perkenalkan diri yang zis rasa boleh digunapakai oleh semua (itu pun dengan keizinan tuan empunya style). Tetapi INGAT! TIADA PAKSAAN DALAM PERKONGSIAN INI! Contoh tersebut adalah seperti berikut:
nuwinzaaba wrote:Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Nickname : nuwinzaaba aka win (nama separuh benar haha)
Umur : 3869 - 700 x 0 + 50 - 24 (total sendrik k) hahaha, Besday gurlz on 5th of September
Asal : Negeri Tok Janggut + Cik Siti Wan Kembang = (KELANTAN DARUL NAIM)
Status : Sudah disunting kumbang ngee
Pekerjaan : Gomen d UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan (kuli batak bahagian kutip tin ahaks)
Hobi : Surfing Internet + chat (mmg rajin) & Novelling (kalau ter ter ter rajin ahaks)
Kelemahan : Xsuka HIPOKRIT... suka laser jet plane kah3x (biar pedih tapi cukup jujor ngee)
Kelebihan : Boleh berforum sambil berchatting sambil bergayut di dahan yg rendang muekekkee
Tujuan masuk forum :Untuk Berkongsi & bertukar2 pendapat di samping meramaikan teman.
Ucapan:Kenang Daku Dalam Doamu kih3x
Pesanan win buat rakan2 & juga pada diri ini:
"Xde solat yang sempurna,
Tanpa jiwa yang khusyuk,
Xde puasa yang sempurna,
Tanpa mencegah diri dari perbuatan yang sia-sia..
Xde kebaikan bagi pembaca Al-Quran,
Tanpa mengambil pengajaran daripadanya..
Xde kebaikan bagi orang yang berilmu,
Tanpa memiliki sifat wara'..
Xde kebaikan mencari teman,
Tanpa saling sayang-menyayangi..
Ni'mat yang paling baik,
Ialah ni'mat yang kekal dimiliki..
Doa yang paling sempurna
Ialah doa yang dipenuhi
KEIKHLASAN..."
'Hidup hanyalah sementara,
Selagi masih hidup berbaktilah kepada Yang Maha Esa,
Jangan leka dibawa arus dunia,
Akhirat pasti menanti jua di sana...'
Lastly, THinK PoSiTiVe & SMiLe ALwAyS![]()
~~Keep In Touch!!~~
*Quote ini adalah sebagai satu CONTOH sahaja.
Dengan ini zis harap semua "rumah" yang sudah tersedia ada bolehlah diubah. Pesanan ini juga ditujukan kepada sesiapa yang bakal mendirikan "rumah" di sini pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, garis panduan ini adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Segala perubahan akan diberitahu dari semasa ke sesama. Diharap akan lebih mendapat kerjasama daripada semua pihak selepas ini.
Sekian, terima kasih.
-Pihak pengurusan Forum KampungFM-












