Assalammualaikum wbt..
Di sini zis buka satu topik khas untuk para chatters tak kira user / mod / owner untuk melaporan sebarang permasalahan yg berlaku di xat.com/kampung . Di sini juga zis ingin menggariskan beberapa panduan ketika ingin membuat laporan untuk tindakan selanjutnya oleh pihak pengurusan CB Kampung. Garis panduan adalah seperti berikut:
1) Segala laporan hendaklah mengikut format yg didahulukan dengan TAJUK LAPORAN. Contohnya:
- Code: Select all
TAJUK LAPORAN: Penyalahgunaan kuasa moderator!
Tajuk laporan hendaklah sesuai dengan laporan yg hendak dibuat seperti "Penyalahgunaan kuasa moderator" atau apa-apa sahaja yang sesuai dan berkaitan.
2) Setiap laporan juga perlu disertakan dengan SCREENSHOT sebagai bukti laporan anda. Perkara ini adalah penting bagi mengelakkan fitnah berlaku dan memudahkan pihak pengurusan CB Kampung untuk melakukan siasatan untuk tindakan lanjut. Cara untuk melakukan screenshot adalah seperti berikut:
- Code: Select all
1) Tekan button "PrtSc SysRq" pada keyboard anda (button tu biasanya di atas sekali sebelah kanan keyboard anda).
2) Kemudian buka perisian "Paint" (perisian ini boleh didapati dengan menekan butang START --> ALL PROGRAMS --> ACCESSORIES --> PAINT).
3) Kemudian tekan button "Ctrl + V" atau tekan EDIT --> PASTE pada button di atas perisian PAINT itu.
4) Savekan gambar tersebut.
5) Uploadkan gambar tersebut ke dalam photobucket.com atau apa-apa website yang boleh digunakan untuk mengupload gambar.
6) Copy direct code URL untuk gambar tersebut dan pastekan di forum ini. Code yang harus digunakan untuk memasukkan gambar di dalam forum ini adalah seperti berrikut: [img]url gambar tersebut[/img]
3) Akhir sekali, sertakan sekali HUJAH LAPORAN anda. Hujah laporan tersebut hendaklah disertakan sekali dengan nick user / mod / owner tersebut. Adalah lebih baik jika disertakan sekali dengan register nick / ID user / mod / owner tersebut. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan pihak pengurusan CB Kampung melakukan siasatan untuk tindakan selanjutnya. Contohnya:
- Code: Select all
saya tidak berpuas hati dengan moderator OzisdixieO (136727502) sebab dia suka kick / ban user sesuka hati tanpa sebab. Ada ka patut saya dok dendiam je tetiba dia kick saya dengan reason saya mencarut. Bla.. Bla.. Bla..
Laporan yang tidak memenuhi kriteria tersebut akan dipertimbangkan untuk didelete tanpa notis. Segala kerjasama daripada anda semua amatlah kami hargai. Majulah CB Kampung untuk negara. Sekian, terima kasih.
Sekian, terima kasih.
- Pihak pengurusan chatbox KAMPUNG / xat.com/kampung -












