Saya sering mendapat aduan dan rintihan hati daripada ramai para pelajar tentang hal laptop peribadi mereka dipinjam oleh rakan sebaya, sebilik dan sebagainya. Saya juga sering ditanya pendapat bagaimana untuk bercakap kepada golongan peminjam yang tak erti bahasa bunga apabila disindir ini.. Biasa la, kita semua tak mau cakap direct takut-takut kalau terguris hati member.. adus.. pun nanti wujud 1 problem yang baru.. ok back to the topik..
Adakah anda risau? Tidak sampai hati untuk tidak memberi kawan-kawan anda pinjam laptop kesayangan anda yang dibeli dengan duit PTPTN? Anda usah resah gelisah lagi kerana saya ada cara untuk membantu anda menangani masalah ini dengan beberapa langkah yang mudah dan dijamin keberkesanannya!
1. Langkah pertama yang patut anda lakukan adalah klik kanan dan pilih properties pada mana-mana shortcut file yang selalu digunakan. Sebagai contoh, saya menggunakan shortcut file di desktop iaitu Mozilla Firefox kerana saya tahu, golongan yang meminjam ini mestilah ingin membuka web facebook!
2. Seterusnya, masukkan code dibawah ini pada bahagian target dan kosongkan pada bahagian Start in. Lihat pada gambar dibawah sebagai contoh.
- Code: Select all
Target : shutdown -s -t 5
Start in : *kosongkan*

(Sila klik untuk besarkan gambar)
3. Kemudian, anda klik apply setelah sudah menaip shutdown -s -t 5 pada bahagian target tersebut dan klik sahaja continue dan apply ataupun agree apabila keluar mana-mana window comfirmation. Perhatikan pada bahagian target, ia akan bertukar code ke
- Code: Select all
Target : C:\Windows\system32\shutdown.exe -s -t 5
Start in : *kosongkan*
Jika berlaku perubahan code, ini bermakna anda telah berjaya lakukan trick ini! Anda juga boleh tukar nombor 5 tersebut kepada nombor 6,7,8 dan seterusnya. Ianya bermaksud berapa saat ia akan diambil untuk shut down laptop anda.
Jika anda sudah selesai membaca! Apa lagi! berilah kawan anda peluang meminjam laptop anda! Semoga dipinjam!
Sumber : BP












