Pemilihan Moderator Forum Yang Baru Akan di Jalankan.
Untuk makluman semua forumers, Kampungfm Staff akan menjalankan proses pengambilan Moderator yang baru untuk Kampungfm.com. Semua forumers baru atau lama berpeluang untuk menjawat jawatan moderator jika menepati beberapa kriteria yang ditetapkan oleh Pihak Kampungfm Staff.
Antara kriteria yang ditetapkan adalah :
1) Sentiasa aktif di ruangan kampungfm.com.
2) Bijak memberi pandangan mengenai sesuatu topik yang dibincangkan
3) Aktif melakukan posting yang dirasakan berguna untuk semua forumers.
4) Matang dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang mungkin berlaku di ruangan kampungfm.com
5) Tiada had umur ditetapkan, jadi semua berpeluang untuk menjawat jawatan moderator.
6) Luangkan masa mempromosikan link http://www.kampungfm.com kepada rakan anda ( facebook, twitter, myspace etc. )
Jika anda merasakan ada ada kriteria yang ditetapkan sila sertakan maklumat ringas diri anda di topik ini seperti :
Nama :
Lokasi:
Tarikh Aktif:
Jumlah Posting :
Dari mana anda tahu mengenai kampung.fm:
Harapan anda dengan forum kampung.fm :
Apa yang harus dilakukan untuk menambah bilangan forumers:
Nyatakan tugas seorang Moderator Forum mengikut pemahaman anda:
Rajin-rajinkan berforum, kerana penilaian akan dibuat mulai sekarang. Jika nama anda disenarai pendek, anda akan menerima pesanan peribadi di inbox anda, Jadi tunggu apa lagi? Ayuh kita meriahkan forum ini dengan banyak maklumat yang berguna. Jom sahut seruan Kampungfm.com " SHARING IS CARING"!
Thanks & Warmest Regards,
All Kampung.fm Staff
***Pihak Kampung.fm berhak meminda sebarang kriteria tanpa mengeluarkan apa-apa notis.













