Oleh KEMALIA OTHMAN

LINDA Onn atau Rozalinda Onn melalui peguamnya, Datuk HazmanAhmad telah membalas notis tuntutan yang dibuat oleh Fahrin Ahmaddengan menafikan kenyataannya di dua akhbar tabloid sebagai berunsurfitnah.
Menurut peguam Tengku Naufal Tengku Mansur, yang mewakili FahrinAhmad, kenyataan yang terkandung dalam surat tersebut turut mengheretseorang selebriti lain.
"Linda telahpun menghantar surat melalui peguamnya bahawa diabersedia membawa perkara ini ke mahkamah dan menafikan kenyataan yangdikeluarkan oleh dua buah akhbar tabloid tersebut sebagai berunsurfitnah.
"Apa yang mengejutkan dia juga telah mengaitkan seorang lagiselebriti dalam kenyataan itu. Linda mendakwa dia hanya mengiyakankenyataan yang dibuat oleh seorang selebriti lain tentang haltersebut," katanya.
Tengku Naufal turut memberitahu, beliau masih lagi menunggukenyataan balas dari dua buah akhbar yang terbabit untuk menfailkan kestersebut.
"Apa yang pasti Linda telah mengesahkan untuk berjumpa di mahkamah.Namun kami masih dalam proses perbincangan dengan peguam tanpa prejudisdari pihak akhbar," katanya.
Ketika ditanya adakah seorang lagi selebriti turut terlibat, TengkuNaufal memberitahu bahawa perkara tersebut akan ditentukan ketikaperbicaraan nanti.












